Nadia Ezurin binti Aminuddinn...kenal dari form 1..sekarang kitorg umu dah 21..what?? 21 daa...errr...cam x caye je...hahahaha..selama tu la kitorg berkawan..bukan setakat kawan biase..tp klu omputeh ckp yg kitorg nie BESTPREN laaa..hahahaha...aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang sangat memahami aku..aku akui, perangai kitorang, minat kitorang memang tak sama..tapi alhamdulillah..
tu la salah satu kelebihan kitorang berdua..sebabnya kitorang kerap bertukar cerita..huhu...moga persahabatan ni tak akan putus sehingga ajal yang memisahkan kita... :)
Bunga indah
Bunga yang cantik hanya mampu disunting oleh orang yang tertentu..bunga ibarat barang yang harus dipelihara...
Friday, January 8, 2016
Monday, March 24, 2014
Menempuh Hari Yang Menakutkan
Pasal apa setiap manusia akan menempuhi hari yang menakutkan dalam hidup kita? Ini adalah merupakan ujian dalam hidup kita yang memerlukan kita supaya sentiasa peka dengan kehidupan kita dan sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat dan cita-cita kita.
Ya Allah Effa.. Apa ko merepek merapu nie....Ko kan ada exam nie...Khamis nie...Bertaubat Effa..final3!!!!
Takut.... :(
Ya Allah Effa.. Apa ko merepek merapu nie....Ko kan ada exam nie...Khamis nie...Bertaubat Effa..final3!!!!
Takut.... :(
Sunday, March 2, 2014
HARI YANG BAHAGIA...
Setiap manusia akan merasai saat kebahagiaan di dalam hidup . Namun, ianya terpulang kepada individu tersebut dalam merasai saat kebahagiaan. Adakalanya manusia takut untuk merasai kegembiraan disebabkan trauma terhadaop sesuatu yang tidak kita ketahui. Namun, sentiasa beringatlah bahawa kemanisan kebahagiaan itu datangnya daripada Allah S.W.T. Jika kita berfikiran terbuka, tidak mustahil kita akan mengecapi kebahagiaan dan keharmonian di dalam hidup kita tidak kira di mana dan masanya.
Wednesday, January 29, 2014
MALAM YANG PENUH BERMAKNA
Nak dikata bermakna tidaklah bermakna mana pun. Disebabkan malam itu, aku lebih matang untuk mengenali dan menilai sesuatu perkara dengan lebih sempurna. Di sebalik deruan angin malam, jam telah pun menunjukkan detik hampir berada 11.48 malam. Kebiasaan mata ini hendaknya menutup terlalu awal namun dirasakan pada malam itu terasa terlalu sukar untuk mata dilelapkan. Cengkerik di luar tingkap seakan menyanyi-nyanyi seakan-akan menyuruhku ke kamar peraduanku pada waktu itu. Tetapi seakan-akan ada sesuatu yang meminta untuk ku berjaga pada malam tersebut. Ku hirup udara malam itu yang dirasakan bagai membantuku berteleku di atas kerusi. Mataku dikerling pada jam yang sedia ada tergantung di dinding, "Oh! cepatnya dah pukul satu ni!! biar betul!! "
Seakan tidak percaya dengan perkara yang baru dilihat, aku melihat pula pada jam di handphone aku pula. " sama...tapi bukan ke aku baru je duduk kat sini?? macam mana masa berlalu pantas sangat ni?" fikirku sendirian. Aku tersentak sendirian apabila mataku terarah pada sekujur tua yang terbongkok-bongkok berjalan di luar halaman rumahku. "eh! sapa tu??" tanyaku pada diriku sendirian apabila timbul kemusykilan yang memaksaku untuk melihat dengan lebih jelas siapakah lelaki tua yang memakai pakaian serba putih serta terbongkok-bongkok itu. Hatiku seperti meronta untuk keluar daripada rumah untuk bertanyakan pada atuk tersebut dari mana dan mahu kemanakah atuk tersebut pada pagi-pagi buta seperti itu. Memikirkan keburukan yang bakal di hadapi, niat hati untuk keluar harus dibatalkan. Namun, gerak hati seakan-akan bermain irama yang menghasut akal dan fikiranku untuk keluar dan menegur atuk tersebut walaupun curiga dan teka-teki masih bersarang di dalam kepalaku. " Woi Nina!! sejak bila ko jadi pengecut ni??" terasa ada suara yang mencabar diriku untuk keluar.
"Gulp!" perasaan yang tadi hanya curiga menjadi seperti seram apabila kaki mula melangkah untuk keluar daripada pintu rumah dan secara automatik bulu roma di tengkukku seakan tegak berdiri. Peluh seram mulai menitik dari celah dahi diriku. Namun kugagahkan jua kakiku ke pintu pagar dan menegur atuk itu. "Atuk,atuk dari mana ni??nak kemana pagi-pagi macam ni??" tanyaku ramah. Aku lantas menjerit apabila orang tua tersebut memalingkan mukanya memandang ke arah aku. Matanya yang tersembul sebelah, kulit muka yang seakan menggerutu dan terkopek seakan-akan menampakkan dagingnya serta darah yang mengalir pada mukanya, lidah yang terjelir dan berpintal jelas menggambarkan bahawa makhluk di depanku ini bukanlah manusia.
Niat hatiku ingin berlari namun dirasakan kakiku seperti di gam di situ. Peluh ketakutan telah menyerang seluruh pelosok tubuh badanku. Sebaik sahaja tersedar, aku baru perasan bahawa diriku telah terlantar di katil hopital. Hairan..apa yang terjadi sebenarnya?? Doktor yang merawatku masuk dan memeriksa keadaan diriku. Aku tergamam. " Doktor, apa yang berlaku kepada saya? macam mana saya boleh berada di sini?" tanyaku kepada doktor muda dihadapanku ini. Doktor itu tersenyum seraya menjawab "ehm..cik dah sebulan koma tak sedarkan diri.cik tak ingat apa-apa ke sebelum cik tak sedarkan diri?" ha! tak mungkin..kebarangkalian doktor ini menipu, fikirku sendirian. " Tapi cik, sepanjang cik berada di hospital, ada seorang lelaki yang selalu hadir datang menjenguk cik dan dia berkata ehm..saya akan sentiasa menunggu dia sehingga kami disatukan."doktor itu menambah. Aku tersentak. Siapa? persoalan yang tiada jawapan sehingga ke hari ini. Namun, aku percaya di sebalik segala perkara pelik ini, aku yakin pasti ada hikmah di sebalik perancangan-Nya yang Maha Esa.
#peh....ngantuk der buat bende ni...idea nak taip panjang tapi disebabkan faktor yang lebih penting iaitu tidur amat membantutkan perancangan ku untuk menaip dengan lebih unsur suspen....EFFA!!!! TIDUR!!!! SOK KO DEW KELAS!!! OPS!! selamat malam...semoga Allah pelihara daripada gangguan syaitan..amin... :)
Sunday, January 26, 2014

Sahabat? sahabat merupakan satu anugerah yang kita tidak akan perolehi dengan hanya merupakan harta dan kekayaan seseorang. Melalui sahabat, kita akan mampu membina keyakinan dan memupuk diri kita untuk jadi yang lebih terbaik. Sahabat akan sentiasa di samping kita di kala kita susah dan senang. Tanpa sahabat, kita akan terkontang-kanting tanpa tujuan yang nyata.
Subscribe to:
Comments (Atom)
